Mungkin di sini aku boleh beri jalan muhasabah, tapi untuk istiqomah itu atas tuan empunya diri. Pupos aku untuk sesama kita menuju jalan ilahi bukan sesorang dan bukan sekadar jalan imaginasi tapi realiti.






[+] Follow

Posted on: Monday, November 25 @ 8:02 AM | 0 mengantuk(s)
Wujudkah?


Manusia...

Tinggi egonya...

Kerana...

Tiada yang sempurna...

Dan kerana itu, terkadang kita perlu 'senyap' dalam setiap langkah yang diceburi. Bukan kerana kalah tapi sebenarnya kuat. Lemah, tidak sama sekali. 

Bagi aku perkara paling penting ialah kebahagiaan di mata manusia. Walau hati punah ranah, tapi muka masih gentle. 

Biar di mata manusia, kelihatan begitu tough. Tapi, pada hakikatnya masih lemah.
Sedang di hadapan Ilahi tanpa segan silu, mengaku bahawa hati ini, diri ini masih lemah.

Dan, dari situ masih wujudkah cinta kita pada Pencipta cinta? 




Posted on: Monday, July 8 @ 1:31 AM | 0 mengantuk(s)
Serba kekurangan.

Penat. Dalam otak, terus fikir katil.

'Terjun atas katil' yang empuk.

"Haih, penatnya." Mengeluh dalam hati.

Pandang sekeliling bilik yang penuh dengan warna kekuningan.

Ah, lagi penat tengok bilik yang macam tokang pecah.

Hm. Pandang kipas yang terus berputar.

"Terima kasih kipas sebab bagi aku rasa nyaman." Senyum sendiri.

Hilang lamunan aku kerana diragut oleh deringan telefon.

"Sapa yang call tengahari rembang ni. Ish." Merungut tetap merungut, tapi fone tetap diangkat.

"Haa, assalamualaikum. Kau nak apa?"

"Amboi, kasar do!"

"Hm, sorry. Ada apa call?"

"Bulan puasa dh nak dekat, aku ingat first puasa ni jum iftar kat luar."

Aku terdiam. Terlupa yang kita semua dah nak sambut bulan istimewa.

"Oi, dengar tak?" Qena mahukan jawapan.

"Eh, dengar. Haa, okey gak. Kat mana?"

"Tempat biasa la."

"Okay."

Tut tut....... Qena matikan fone. Rasa nak maki je. Tapi sabar. Kawan kan.

Cepat sungguh masa. Kita semua akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Muka excited tetiba muncul. Yela, excited nak solat terawih, bangun sahur dan banyak lagi ah.

Tak lupa gak nak beribadat. Yang tu penting. Ingat dosa pahala.

"Ish, aku ni masih lemah. Masih banyak amalan yang aku kena tingkatkan."

"Mana boleh berdiam diri ceni."

"Fatin, banyakkan amalan bukan bayakkan khayalan."

Membebel sorang-sorang untuk kepentingan diri sendiri.

Harini. Hari yang.... Tah. Tak tahu nak kata.

Tadi, aku buat satu kebaikan dan satu kejahatan.

Harini rasa emo semacam. Tu yang penat. Ah, ngada la kau.

"Baiknya aku hari ni tolong orang sampai kena maki."

"Jahatnya aku hari ni bagi orang sakit hati."

Sakit hati bukan sikit-sikit. Sampai gaduh. Tapi takdelah tumbuk-tumbuk.

Tu dah juvana. Amboi.

'Kena maki' tadi memang best. Tersentap.

Tapi aku tak kisah. Lantak kau la. Aku nak buang benda ni jauh-jauh.

Kalau boleh taknak ulang lagi. InsyaAllah.

Usha jam tangan. Baru 3.34. Lek lu. Rehat lu. Kan penat. Heh.

"Okey, aku nak azam baru untuk bulan Ramadhan ni."

Aku  nak khatam Al-Quran.

Banyakkan masa aku dengan Tuhan.

Tak lupa nak study. "Spm dah dekat......." Ergh.

Cuba ubah sikap. Jadi seorang hamba yang taqwa, anak yang solehah.

Dan sekutu dengannya...

"Banyak lagi aku nak kena baiki."

Bangun dari tidur. Duduk atas katil.

Tadah tangan.

"Ya Allah, kau ampunlah dosa aku. Kuatkanlah iman aku."

Amin.

Ambil fone. Set alarm.

Tidur jap. Nanti asar aku bangun.

"Gerak aku ya malaikat. Jangan biarkan aku terus lena."

Assamualaikum malaikat kiri kanan.