Mungkin di sini aku boleh beri jalan muhasabah, tapi untuk istiqomah itu atas tuan empunya diri. Pupos aku untuk sesama kita menuju jalan ilahi bukan sesorang dan bukan sekadar jalan imaginasi tapi realiti.






[+] Follow

Posted on: Monday, September 24 @ 1:31 AM | 0 mengantuk(s)
"Awak malu nak jumpa saya?"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Perempuan : Awak, kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang or jalan-jalan macam pasangan lain? Lelaki : Saje......
Perempuan : Saja atau awak malu nak keluar dengan saya?
 Lelaki : Mana ada.

 Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam-malam seperti pasangan lain?
Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit.
 Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenapa ya kawan saya panggil kekasihnya 'sayang' tapi awak tak pernah pun panggil saya 'sayang'?
 Lelaki : Eeee, gelilaaaa. Nak termuntah!

 --> Perempuan tersebut terus merajuk selapas membaca ayat-ayat kekasihnya itu. Beberapa minit kemudian dia menerima satu mesej.

 Lelaki : Saya tak pernah ajak awak tengok wayang or keluar sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan saya nak saat itu menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya. Lagipun, bukan ke tak elok keluar berdua-dua? Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut dengan awak malam-malam, bukan sebab saya nak save kredit tapi saya taknak diri saya hanyut dengar suara merdu awak. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya lebih menghargainya. Saya tak panggil awak 'sayang' bukan sebab saya geli ke apa tapi biarlah saya panggil awak 'sayang' bila kita sudah sah menjadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan. Saya sangat mencintai awak dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri. 

Perempuan : *menagis dan terharu* Terima kasih bakal suamiku, aku amat mencintaimu. Ya Allah, satukanlah kami dalam ikatan yang sah :') ♥