![]()
Mungkin di sini aku boleh beri jalan muhasabah, tapi untuk istiqomah itu atas tuan empunya diri. Pupos aku untuk sesama kita menuju jalan ilahi bukan sesorang dan bukan sekadar jalan imaginasi tapi realiti.
Tweets by @FatinIwaniMohdF
|
Posted on: Wednesday, September 26 @ 1:08 AM | 0 mengantuk(s)
Tanda-tanda kecil akhir zaman.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang alamat kecil dan besar akhir zamantanpa memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut mulai berlaku sejurus kewafatan baginda Rasullullah SWT dan secara berperingkat-peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan kemudiannya muncul satu demi satu.
Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan antaranya:
Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari hadith-hadith Rasullullah SAW yang memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman. Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi perkara yang umum pada masyarakat dunia hari ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi. Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'.
|