![]()
Mungkin di sini aku boleh beri jalan muhasabah, tapi untuk istiqomah itu atas tuan empunya diri. Pupos aku untuk sesama kita menuju jalan ilahi bukan sesorang dan bukan sekadar jalan imaginasi tapi realiti.
Tweets by @FatinIwaniMohdF
|
Posted on: Wednesday, November 21 @ 5:23 PM | 0 mengantuk(s)
Orang yang menanggung dosa kerana seorang wanita.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum. Bersyukur, kerana harini kita masih dapat menghirup udara. Adakah anda bersyukur? Kalau bersyukur, sekarang ni cakap "Alhamdulillah." Huhu. Harini, aku nak share pasal dosa seorang wanita dan penanggungnya. Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang. Tetapi wanita tersebut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya di akhirat kelak. Adakala si wanita ini berkata :
Sebenarnya wanita itu silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu?
Mereka ialah......
Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu 'bertanggungjawab', belum termasuk orang-orang yang 'terlibat'. Dibawah ni aku senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita :
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita yang membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka auratnya.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah Allah. Telah dinyatakan kita perlu membuat teguran dalam peringkat :
Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya 'sehelai rambut' akan membuatkan dosa wanita itu berlipat kali ganda. Allahu.............
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Penyebar/penjual
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa saja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam Facebook, Twitter, Instagram, Tumblr, Youtube dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual mahupun disebarkan.
Pembeli/pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak meutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah segingga menyebabkan berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah...............
Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristigfarlah dan bertaubatlah sebelum terlambat.
Assalamualaikum.
|