![]()
Mungkin di sini aku boleh beri jalan muhasabah, tapi untuk istiqomah itu atas tuan empunya diri. Pupos aku untuk sesama kita menuju jalan ilahi bukan sesorang dan bukan sekadar jalan imaginasi tapi realiti.
Tweets by @FatinIwaniMohdF
|
Posted on: Thursday, December 6 @ 12:32 AM | 0 mengantuk(s)
HambaMu.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum. Jumpa lagi kita. Sudah lama tidak 'bercakap' sorang-sorang. Yeah. Masih kenalkah siapa aku? *tak kenal pun tak kisah. Huhu. Aku tetap aku. Tapi yang beza ialah hati aku. Sudah lamanya aku rasa hati aku 'kosong'. Kosong dengan segala-galannya. Seperti diri yang kerdil ini mengheret banyak dosa. Aku takut. Takut dengan Allah. Pencipta segala-galanya.
Hari ini, aku rasa hati aku tidak 'kosong' lagi. Senyuman sentiasa ukir di bibir comel aku. Wah, comel ke? Hehehehe :b Hatiku rasa tenang. Lebih tenang daripada kita melihat hujan menitis di muka bumi. Hatiku tenang selepas aku solat. Hatiku tenang selepas aku membaca kalam Allah. Hatiku tenang selepas zikirullah. Hatiku tenang melihat ciptaan Allah. Semua ciptaan Allah comel-comel, indah-indah. Aku lalui semua ini setiap hari aku. Hari aku sekarang lebih tenang dari hari aku yang sebelum. Syukur.
Aku pasti semua yang disini mesti pernah mengenang dosa yang lalu. Nama pun manusia, selalu aja buat silap. Aku juga begitu. Aku selalu buat dosa. Aku manusia biasa. Manusia yang kurasa kerdil disisiNya. Jika mengenang dosa yang lalu, automatik air mata kita yang mahal melintasi di pipi yang gebu. Seorang diri. Cuma malaikat yang ada. Malaikat sentiasa teman kita. Tak malukah dengan malaikat, yang sentiasa melihat perbuatan kotor kita? Lepaslah segala-galanya yang terbuku dihati. Carilah jalan yang lurus. Iaitu jalan menuju Ilahi.
Aku tidak henti-henti berdoa supaya saudara Islam aku diluar sana menjumpai 'kebenaran'. Kebenaran yang kekal. Bukan sementara. Maafkan aku jika terkasar bahasa. Aku seorang yang daif, yang memerlukan sokongan hidayah Allah untuk terus hidup didalam dunia yang fana ini. Ingat! Ada yang memerhati. Salam~
|